Friday, November 7, 2008

Sejarah Ragbi Rimau di SKMPK


Ragbi Rimau mula diperkenalkan pada tahun 2005 untuk menggantikan sukan ragbi sentuh. Tahun 2005 Sk Mtehodist, Pelabuhan Klang dipilih menjadi tuan rumah untuk kejohanan MSSD edisi pertama Ragbi Rimau. Kejohanan Ragbi Rimau diadakan pada 16 dan 17 Jun 2005 dengan membabitkan 16 pasukan dari daerah Klang. Pasukan sekolah menghantar 2 pasukan dalam kejohanan tersebut dan pasukan sekolah menjadi Naib Juara kejohanan Pertama Edisi Ragbi Rimau selepas tewas 0-4 kepada SK Sungai Binjai.