
Logo ini telah diilhamkan oleh Cikgu Shahril Nizam bin Shafie dalam usaha mewujudkan identiti untuk pasukan ragbi rimau sekolah. Logo ini mula diperkenalkan pada November 2007 sempena Kejohanan Ragbi Rimau SK Methodist Kali -1 2007. Pada tahun 2008 logo ini dicetak di atas jersi tajaan Zal El Enterprise dan dijadikan jersi rasmi untuk pertandingan peringkat daerah Klang. Pemilihan gagak sebagai logo Ragbi Rimau kerana belum ada pasukan menggunakan gagak sebagai identiti. Lihatlah salah satu unsur positif gagak yang boleh terbang tinggi untuk menggambarkan cita-cita yang tinggi memasyhurkan nama sekolah di daerah Klang dan negeri.