Sunday, March 1, 2009
Era Ragbi Rimau berakhir di SK Methodist, P.Klang
Sukan Ragbi Rimau akan berakhir di sekolah rendah kerana pada tahun hadapan format ragbi sekolah rendah akan diubah kepada Ragbi Rempuh (Ragbi Sekolah Menengah). Ini disebabkan untuk memberi pendedahan yang lebih efektif kepada murid,malah beberapa negara telah melaksanakan Ragbi Rempuh bagi Bawah 12 tahun iaitu Singapura dan Thailand. Malah mesyuarat Pengurus MSSS 2009 yang berlangsung di SBPI telah memaklumkan bahawa pada julai 2009 akan diadakan kejohanan Ragbi Rempuh B11 sekolah rendah. Malah saya turut menanyakan kepada beberapa pengerusi teknik dan jurulatih dari daerah lain dan mereka menyatakan akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Untuk melatih tiada masalah bagi jurulatih tapi bagi ibu bapa sanggupkah mereka melihat anak mereka dirempuh,dipijak dan dikasari? Apa yang perlu jurulatih jawab kepada penjaga sekiranya anak mereka cedera? Walau bagaimanapun kita tunggu dan lihat. Disini disertakan beberapa keping gambar ragbi rempuh untuk tatapan anda adakah sesuai murid sekolah rendah didedahkan dengan Ragbi rempuh
