Kalendar sukan sekolah telah dimulakan dengan kejayaan pasukan Ragbi Rimau mendapat tempat ketiga di Kejohanan MSSD Klang 2009 di SK Jalan Batu Tiga pada 15-16 Januari. Pasukan sekolah telah memperbaiki pencapaian tahun lepas mendapat tempat keempat dan telah dibuktikan pada perlawanan peringkat kumpulan, pasukan sekolah berjaya menewaskan pasukan juara bertahan iaitu SK Rantau Panjang walaupun ketinggalan 1 try. Inilah semangat yang perlu ada dalam diri setiap pemain sekolah. Berikut adalah keputusan perlawanan.
SK Methodist P.Klang (35) vs SK Simpang Lima (5)
SK Jalan Batu Tiga (0) vs SK Methodist P.Klang (30)
SK Methodist P.Klang (10) Vs SK Rantau Panjang (5)
SK Bukit Kapar (10) vs SK Methodist P.Klang (0)
Apapun tahniah atas usaha gigih pemain walaupun berlatih selama 7 hari masih mampu mendapat 'top four' dalam daerah Klang. Teruskan usaha anda dan semoga tahun depan kita mampu mencapai keputusan yang lebih baik. Nantikan kemunculan kami di KATMO 2009