
Kelab Ragbi Rimau mengucapkan tahniah di atas kejayaan Adik Ameeroul Aizzuwan bin Khairul Anuar mendapat keputusan 5A dalam UPSR tahun 2009. Malah lebih membanggakan lagi beliau telah dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Kokurikulum 2009 pada Hari Kecemerlangan esok (20/11/2009).Berikut adalah pencapaian adik Ameeroul selama 4 tahun bersama pasukan ragbi sekolah
1. Pemain Ragbi Rimau Mini Olimpik paling muda 2006 di kalangan pemain darjah empat.
2. Penjaring Try ragbi termuda dengan 3 try pada katmo 2006.
3. 2007 diserap sebagai pemain utama untuk pasukan bawah 12 (MSSD), mendapat tempat
ke tiga
4. Ketua Pasukan Bawah 10 Tahun sempena Kejohanan Tunas Mini Olimpik 2007.Mendapat
tempat ke-3.
5. Dipilih Pemain Bakat Muda Ragbi Rimau sempena kejohanan Ragbi Rimau 2007.
6. 2008 diserap pemain utama untuk pasukan bawah 12 MSSD, mendapat tempat keempat.
7. Dipilih pemain harapan 2008 sempena kejohanan Ragbi Rimau kali ke-2
8. 2009 Pemain utama ragbi rimau bawah 12 dan membimbing pasukan mendapat tempat ke3
9. Mengikuti pemilihan pasukan bawah 12 tahun untuk kejohanan MSSS.
10. 19.11.2009 Pemain Ragbi Rimau pertama yang memperoleh keputusan 5A dalam UPSR.
11. 20.11.2009 Penerima Tokoh Kokurikulum 2009 sempena Hari Kecemerlangan Sekolah.
Semoga pemain yang lain dapat menjadikan Adik Ameeroul sebagai sumber inspirasi untuk berjaya dalam bidang Kurikulum dan Akademik. Pada Adik Ameeroul teruskan usaha dan jangan leka apa yang telah diperoleh. Berikut adalah gambar adik Ameeroul bersama pasukan ragbi sekolah.