Sunday, November 9, 2008

2007- Detik Kebangkitan Semula Ragbi.



Pasukan Tunas Mini Olimpik 2005 berjaya membawa pasukan sekolah untuk berada di tempat ketiga daerah Klang berbanding tahun 2006 (Suku Akhir). Kebanyakan mereka adalah pemain yang berdisiplin dan patuh kepada arahan jurulatih. Kekuatan pasukan ini dapat dilihat sewaktu mereka berjaya mengikat pasukan SK Taman Klang JAYA 2-2 di halaman sendiri. Walaupun tewas di peringkat separuh akhir saya tetap berbangga dengan mereka kerana mereka adalah pasukan pertama yang saya bimbing dari tahun 2005-2007. Tahniah andalah wira di hati saya.

KEPUTUSAN

PERINGKAT KUMPULAN : METHODIST (2) SK TAMAN KLANG JAYA (2)
METHODIST (2) SK BUKIT TINGGI (0)
METHODIST (2) SK KG IDAMAN (1)

SUKU AKHIR : METHODIST (4) SK RANTAU PANJANG A (0)
SEPARUH AKHIR : METHODIST (0) SK RANTAU PANJANG B (3)
PENENTUAN TEMPAT KE 3/4 : METHODIST (1) SK TAMAN KLANG UTAMA(1)