Saturday, May 1, 2010
TARIAN HAKA MENGGEGAR BUMI SK METHODSIT P.KLANG
tARIAN Hakka versi SMK Dato Hamzah menjadi hidangan pasukan daerah klang 2010 setelah menamatkan perlawanan 6-6..... Jelas kesungguhan dua pasukan menjadikan perlawanan pershabatan ini adalah yang tebaik...semoga bekas murid sk methodist pelabuhan klang berjaya dlm kehidupan..
Perlawanan Persahabatan SK Methodist P.Klang Vs Pasukan Klang Bawah 12

Pada 30 April 2010 Pasukan Klang yang diwakili oleh empat pemain sekolah iaitu Muhammad Firdaus, Sharul, Najmi dan Afzal mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasuka ragbi darjah enam , lima dan tahun empat. Perlawanan Membabitkan pasukan tahun 5 dan 4 pasukan sekolah tewas 2-11 dan pasukan darjah enam tewas 6-0. Walaupun tewas prestasi murid mbs sangat membanggakan. Mereka tidak takut menghadapi lawan yang lebih hebat dikumpulkan seluruh sek daerah klang. Semoga pendedahan ini dapat melahirkan pasukan pelapis ragbi pada tahun 2011. Sekian
Thursday, November 19, 2009
5A for Adik Ameeroul Aizzuwan

Kelab Ragbi Rimau mengucapkan tahniah di atas kejayaan Adik Ameeroul Aizzuwan bin Khairul Anuar mendapat keputusan 5A dalam UPSR tahun 2009. Malah lebih membanggakan lagi beliau telah dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Kokurikulum 2009 pada Hari Kecemerlangan esok (20/11/2009).Berikut adalah pencapaian adik Ameeroul selama 4 tahun bersama pasukan ragbi sekolah
1. Pemain Ragbi Rimau Mini Olimpik paling muda 2006 di kalangan pemain darjah empat.
2. Penjaring Try ragbi termuda dengan 3 try pada katmo 2006.
3. 2007 diserap sebagai pemain utama untuk pasukan bawah 12 (MSSD), mendapat tempat
ke tiga
4. Ketua Pasukan Bawah 10 Tahun sempena Kejohanan Tunas Mini Olimpik 2007.Mendapat
tempat ke-3.
5. Dipilih Pemain Bakat Muda Ragbi Rimau sempena kejohanan Ragbi Rimau 2007.
6. 2008 diserap pemain utama untuk pasukan bawah 12 MSSD, mendapat tempat keempat.
7. Dipilih pemain harapan 2008 sempena kejohanan Ragbi Rimau kali ke-2
8. 2009 Pemain utama ragbi rimau bawah 12 dan membimbing pasukan mendapat tempat ke3
9. Mengikuti pemilihan pasukan bawah 12 tahun untuk kejohanan MSSS.
10. 19.11.2009 Pemain Ragbi Rimau pertama yang memperoleh keputusan 5A dalam UPSR.
11. 20.11.2009 Penerima Tokoh Kokurikulum 2009 sempena Hari Kecemerlangan Sekolah.
Semoga pemain yang lain dapat menjadikan Adik Ameeroul sebagai sumber inspirasi untuk berjaya dalam bidang Kurikulum dan Akademik. Pada Adik Ameeroul teruskan usaha dan jangan leka apa yang telah diperoleh. Berikut adalah gambar adik Ameeroul bersama pasukan ragbi sekolah.
Wednesday, November 18, 2009
Kejohanan Ragbi Rimau 2009
Pada 13 November 2009 kejohanan Ragbi Rimau kali ke 3 telah dilangsungkan di padang SK Methodist Pelabuhan Klang. Sebanyak 4 pasukan telah mengambil bahagian iaitu terdiri daripada dua pasukan Bwh 11 dan dua pasukan Bawah 10 tahun. Perlawanan Separuh akhir pertama memihak kepada pasukan http://www.blogger.com/img/blank.gifbawah 10 A dengan kemenangan 3-2. Manakala pasukan bawah 11A menang 6-1 pasukan 11B. Pada perlawanan akhir pasukan B11A juara dengan menewaskan pasukan B10A 6-3. Hadiah telah disampaikan oleh Penyelia Petang Puan Noraini binti Tahrim. Semoga pada tahun hadapan pasukan sekolah menjadi juara bawah 12 tahun
Thursday, August 6, 2009
2009- Naib Juara
Pada 28.7.2009 KEJOHANAN TUNAS MINI OLIMPIK RAGBI RIMAU berlangsung di SK Taman Klang Utama, Klang. Kejohanan diadakan selama 1 hari.Pasukam sekolah berjaya menjadi naib juara setelah tewas kepada sekolah sungai binjai 0-4. Pasukan sekolah gagal mempertahankan kejuaraan pada tahun lepas. Banyak kelemahan yang dapat dilihat walaupun pasukan sekolah mempunyai masa yang panjang. Walau bagaimanapun tahniah atas usaha yang ditunjukkan. Diharap pemain dapat melipat gandakan usaha sekiranya masih berminat mewakili pasukan sekolah
Subscribe to:
Posts (Atom)